Sunday, 2 December 2012

SEJARAH/LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Seri Pantai mula menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran pada tahun 1995.Seramai 650 orang murid serta 30 orang guru-guru dari SK Seberang Nyonya (sekarang dikenali dengan nama SK HJ.Ismail) dipindahkan ke sekolah ini. Murid-murid sekolah ini diagihkan mengikut kedudukan tempat tinggal mereka yang berhampiran dengan sekolah ini iaitu terdiri daripada Kg. Tok Pasai, Taman Seri Putra, Perumahan Awam, Taman Harapan dan Kg. Tepi Laut. Kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak nelayan.

Nama SK Seri Pantai ini dipilih berdasarkan lokasinya berhampiran dengan laut-pantai. Nama sekolah ini juga diilhamkan oleh bekas Tuan Penolong Pengarah Pendidikan II Jabatan Pelajaran Kedah iaitu Tuan Hj. Mohd Hanafiah bin Ishak di mana beliau juga adalah anak tempatan Kuala Kedah.


Guru Besar pertama yang diamanahkan untuk mentadbir sekolah ini ialah En.Abdul Halim bin Abas yang dinaikkan pangkat dari Penyelia Petang SK Seberang Nyonya. Beliau juga merupakan anak jati Kuala Kedah. Penolong Kanan Pentadbiran (GTT) yang dilantik ialah Pn.Hjh.Azizah bt Ahmad manakala Penolong Kanan HEM disandang oleh Tn.Hj.Abdullah b. Zainal Abidin serta En.Ghozali bin Shafie sebagai Penolong Kanan Kokurikulum . SK Seri Pantai dinaikkan taraf ke Gred Sekolah A pada tahun 1998.

No comments:

Post a Comment